Pingat
perak kickboxing semarak cita-cita
Makissa
Pelajar
sekolah Alice Smith itu terlebih dahulu mendapat asas dalam acara
taekwondo
Oleh Haryani
Ngah
Jika ada yang
menyangka sukan kickboxing adalah kasar dan agresif jelas tanggapan
seumpama itu tidak benar sebaliknya ia acara sukan yang menyihatkan
dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Buktinya,
remaja seawal usia 12 tahun, Makissa Sophia Smeeton berjaya mengharumkan
nama negara menerusi seni mempertahankan diri itu. Dengan hanya
latihan intensif selama tiga bulan, Makissa membuktikan keupayaan
apabila berjaya membawa pulang pingat perak dari Kejohanan Kickboxing
Dunia, berlangsung di Niagara Fall, Kanada, November lalu.
Apapun untuk
mencipta kejayaan itu, pelajar Sekolah Alice Smith itu terlebih
dulu mendapat asas dalam acara taekwondo dengan bimbingan daripada
jurulatih, AVS Bathi.
"Saya
hanya mengambil masa tiga bulan untuk menjalani latihan intensif
bagi menghadapi kejohanan dam pengalaman meraih perak itu amat
bermakna bagi diri saya. Sebelum menyertai pertandingan itu saya
meletakkan sasaran gangsa saja.
"Pembabitan
saya dalam acara kickboxing bermula menerusi acara taekwondo yang
saya sertai sejak empat tahun lalu. Jurulatih mendapati saya mempunyai
cara tumbukan dan tendangan yang baik dan sekali gus menyaran
saya menyertai acara ini.
"Kickboxing
tidak kasar atau agresif dan ia boleh di pelajari oleh sesiapa
saja. Ia menyeronokkan and dapat meningkatkan keyakinan diri,
"katanya yang memiliki tali pinggang hitam taekwondo.
Makissa berkata,
dia akan menyertai kejohanan tahun ini di Sepanyol dan masih mengekalkan
penyertaan dalam kategori bawah 13 tahun sambil berharap dapat
meraih pingat emas.
Selain memberi
tumpuan kepada kickboxing, Makissa turut aktif dalam acara bola
jaring dan renang dengan mewakili sekolahnya.