Extract
from Utusan Malaysia (11th January 2006)
By
Khairunnisa Sulaiman
A 15 year old student
opens his bag, takes out his laptop and plugs in the wires. The
student then start surfing the school's intranet to view the term's
planning lessons.
Another student is
using the wireless facility to log-on to the intranet on his computer.
In the double storey
library building, there are 15 computers to be used by the students
apart from the wireless facility for laptop users.
In the hall, a student
uses the multimedia aid to present his working paper. With the
support of the Information Technology gadgets, he is able to present
his papers easily.
Almost all learning
methods are done interactively!
These are advantage
of the Alice Smith School located at Sri Kembangan, Selangor.
The school, built on
a 10-hectar land is set up with varieties of the latest state-of-the-art
IT facilities which includes a stage projector and a library with
wireless facilities.
There are about 500
students aged between 11-18 years old, from 45 different nationalities
all around the world learning by using the British Curriculum
in that school.
At the Alice Smith
School, IT is not only made as a subject but also is used to assist
in lessons.
According to the Principal,
Nik Bishop, IT is widely used at the school, to enable all applications
to integrate.
The school uses SIMS.net
to synchronise all channels between the secondary and Primary
school located at Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
"Most important
is the password to get required information", said Bishop.
For example, the password
will give the students access only to the website related to their
lessons.
"With the password
given, students will be able to view the lessons for the next
semester during the school holidays."
"Students are
also able to revise easily", said Bishop during an interview
with Utusan Malaysia regarding the IT facilities in the school
recently.
Students on holiday
or overseas with their parents will not miss any coursework as
they still can access the information about their lessons via
the Internet.
However, according
to Bishop, the use of IT in lessons has it's own challenge.
Inquisitive students
would definitely be a challenge for the teachers, and here the
teachers" responsibility is not only to teach but also to
be creative in conveying the lesson, he explains.
"Imagine what
would happen in 2010 or 2020. It is our duty now to prepare the
manpower for the future".
"We need to prepare
the manpower to work in companies which may not even exist yet,"
he adds.
In the system that
is used in the Alice Smith School, the password given to teachers
allows them to obtain information with regards to the class allocation,
number of students in a class, attendance and also students' information.
"In this way,
the teachers saves time spend lessons preparation and use it for
other chore", he said.
Teachers are also able
to change time-tables on the intranet and this could be viewed
by respective students.
According to Bishop,
"this technology requires teachers to change their role in
class organisation".
At the school, students
are taught to use the IT facilities for various subjects from
computer science to language lessons.
Teachers' password
could access information on student's data and parents, their
behavioral report and performance.
"Subjects like
Mathematics and English is easier and more interesting when it's
being taught with the aid of IT", said Bishop.
(Original text)
[megabait]
Alice
Smith laksanakan pembelajaran interaktif
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
SEORANG
pelajar berusia 15 tahun membuka beg dan mengeluarkan komputer
riba, dan menyambungkan beberapa wayar di belakang komputernya.
Pelajar berkenaan kemudian mula melayari rangkaian intranet sekolahnya
bagi melihat sukatan pelajaran yang dipelajarinya pada semester
berkenaan.
Seorang
lagi pelajar menggunakan teknologi tanpa wayar bagi menyambungkan
intranet ke komputernya.
Di
bangunan perpustakaan dua tingkat itu terdapat 15 buah komputer
bagi kegunaan pelajar, selain teknologi tanpa wayar bagi komputer
riba.
Di
sebuah dewan, seorang pelajar sedang membentangkan kertas kerja
menggunakan alat bantuan multimedia.
Dengan hanya menggunakan alat bantuan teknologi maklumat (IT),
pelajar berkenaan dapat membentangkan kertas kerjanya dengan mudah
dan cepat.
Hampir
semua kaedah pembelajaran dijalankan secara interaktif!
Inilah
kelebihan sekolah menengah The Alice Smith School yang terletak
Sri Kembangan, Selangor.
Sekolah
yang didirikan di kawasan seluas 10 hektar itu dilengkapi pelbagai
kemudahan IT termasuk projektor pentas dan perpustakaan dengan
kemudahan perhubungan tanpa wayar.
Di
sekolah itu seramai 500 orang pelajar berusia antara 11 hingga
18 tahun dari 45 buah negara di seluruh dunia mengikuti kelas
mereka menggunakan kurikulum pendidikan Britain.
Di
The Alice Smith School, IT bukan saja dijadikan satu mata pelajaran
tetapi juga digunakan untuk membantu dalam pembelajaran.
Menurut
pengetuanya, Nik Bishop, IT telah digunakan secara meluas di sekolah
bagi membolehkan semua aplikasi dilakukan secara bersepadu.
Sekolah
berkenaan menggunakan SIMS.net yang menyambungkan semua rangkaian
antara sekolah menengah dan sekolah rendahnya yang terletak di
Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
"Apa
yang penting adalah kata laluan untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan,'' katanya.
Misalnya,
kata laluan yang diberikan kepada pelajar sekolah hanya memberikan
mereka akses kepada laman web yang berkaitan dengan pembelajaran
mereka.
"Dengan
kata laluan yang diberikan, pelajar boleh melihat sukatan pelajaran
yang akan diajar pada semester akan datang semasa cuti.
"Mereka
juga dapat mengulang kaji pelajaran dengan mudah,'' kata Bishop
semasa memberi taklimat mengenai kemudahan IT di sekolah berkenaan
kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Malah
pelajar yang bercuti atau mengikuti ibu bapa mereka keluar negara
juga tidak ketinggalan dalam pelajaran kerana mereka masih boleh
mendapatkan maklumat mengenai sukatan mata pelajaran melalui Internet.
Bagaimanapun,
kata Bishop, kaedah pembelajaran menggunakan IT sebagai bahan
bantuan mengajar mempunyai cabaran tersendiri.
"Kanak-kanak
yang mempunyai sifat ingin tahu pasti memberi cabaran kepada guru-guru,
dan di sini tugas guru bukan saja untuk mengajar tetapi juga perlu
kreatif dalam menyampaikan apa yang diajar,'' jelasnya.
Menurut
Bishop, semua ini perlu dilakukan dengan pantas mengikut peredaran
zaman dan perkembangan semasa agar generasi akan datang tidak
ketinggalan.
"Cuba
bayangkan apa yang akan berlaku pada 2010 atau 2020. Tugas kami
sekarang ialah menyediakan tenaga kerja pada masa akan datang.
"Kami
perlu menyediakan tenaga kerja yang akan bekerja di syarikat yang
mungkin belum wujud sekarang,'' tambahnya.
Dalam
sistem yang digunakan The Alice Smith School, kata laluan yang
diberikan kepada guru-guru membolehkan tenaga pengajar sekolah
itu mendapatkan maklumat mengenai tempahan kelas, bilangan murid
dalam kelas, kedatangan serta maklumat pelajar.
"Dengan
cara ini, guru dapat menjimatkan masa bagi penyediaan bahan mengajar
dan dapat menggunakannya untuk tugasan lain,'' katanya.
Guru-guru
juga boleh membuat dan menukar jadual waktu kelas dan hanya meletakkannya
semula di dalam intranet agar boleh dilihat oleh para pelajar
kelas masing-masing.
Menurut
Bishop, teknologi itu memerlukan guru-guru mengubah peranan mereka
dalam menguruskan bilik darjah.
Di
sekolah itu pelajar diajar menggunakan kemudahan IT bagi pelbagai
mata pelajaran bermula dengan sains komputer sehingga kepada bahasa.
Kata
laluan guru pula boleh mengakses mengenai data murid dan penjaga
mereka, laporan kelakuan serta prestasi mereka dalam pelajaran.
"Mata
pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris lebih mudah dan menarik
apabila diajar menggunakan bantuan IT,'' kata Bishop.